Solat dan kesihatan


Jika anda ada produk atau perniagaan Muslim nak viralkan bersama kami,


Setiap sesuatu yang diperintahkan Allah SWT ke atas setiap manusia memiliki kelebihan dan hikmahnya yang tersendiri. Begitu juga dengan solat yang diwajibkan ke atas umat Islam sebanyak lima kali sehari.

Antara kelebihan dan hikmah solat itu boleh dikaitkan dengan bidang sains dan perubatan yang jarang-jarang sekali difikirkan oleh umat manusia. Sedangkan, jika seseorang itu mengetahui segala kelebihan dan faedah yang diperolehi dengan solat, sudah pasti umat Nabi Muhammad saw akan lebih bersungguh-sungguh mengerjakan solat.

Solat merupakan satu pengabdian mutlak daripada seorang hamba kepada pencipta-NYA, iaitu Allah SWT. Perintah solat dilakukan secara takwil, di mana tiada sebarang pertikaian ke atasnya.

Namun, dalam masa yang sama kita tidak dilarang untuk mencari hikmah yang tersembunyi di sebalik solat yang diwajibkan biarpun kita melakukannya secara takwil.

Kebanyakkan mereka yang tidak tinggal solat mahupun rajin menyempurnakan solat, wajahnya kelihatan berseri-seri disebabkan kesan wuduk.

Lebih-lebih lagi, dari sudut perubatan Cina yang mengamalkan akupuntur, segala tempat-tempat yang dibasahi wuduk itu boleh dikatakan sebagai tempat utama terletaknya titik saraf yang aktif.

Bermula dari hujung kepala hingga hujung kaki, terdapat 700 titik saraf yang aktif yang sekiranya dirangsang ia boleh  memberi kesihatan yang begitu baik kepada kita, yang mana diantara 700 titik itu dibahagikan pula kepada 66 titik utama yang sangat aktif yang terletak di bahagian wuduk utama kita.

Setiap kali kita membasuh muka untuk memgambil wuduk, apabila kita menggosok dengan teliti, ia akan merangsang titik saraf yang berkaitan dengan usus, perut dan juga sistem peranakan.

Begitu juga apabila kita membasuh dan menyelati di celah-celah jari kai, ia akan merangsang titik saraf berkaitan pankreas, yang semuanya membawa kepada kesihatan yang lebih baik jika dilakukan dengan tertib.

Selain itu, sujud juga mempunyai rahsia dari sudut kesihatan yang amat menakjubkan dimana ianya berkait rapat dengan otak manusia, yang mana otak ini adalah segala-galanya. Terdapat kajian yang mencari berat sebenar otak manusia, yang mana apabila ia dikeluarkan secara puratanya ia seberat satu setengah kilogram.

Tidak beratkah kita membawa otak seberat 1.5kg ini? Kenapa kita tidak rasa berat? Cuba jika kiat beli gula sekilo, kita bawa di atas kepala setiap masa, kita akan rasa beratnya. namun, ada rahsia di sebalik mengapa kita tidak rasa berat membawa otak kita sentiasa.

Hakikatnya, berat otak yang berada di dalam tempurung kepala hanyalah setengah kilo sahaja berbanding jika dikeluarkan. Lebih-lebih lagi, di dalam tempurung kepala itu terdapat lapisan air yang melindungi otak tersebut.

Menurut kaedah fizik, mana-mana objek yang terapung di dalam air, ia akan kehilangan dua pertiga dari berat asalnya yang menjadikan ia lebih ringan seperti bayi yang berada di dalam kandungan ibunya.

Menyelami kaitan otak dengan solat, otak itu mesti mendapat bekalan oksigen dan makanan yang dibekalkan jantung kepadanya. Bagi menghantar bekalan darah ke otak, jantung perlu mengepam bekalannya selama 24 jam bagi memastikan kesihatan manusia.

Sekiranya kita berada didalam keadaan duduk seperti biasa, di mana kedudukan kepala lebih tinggi daripada dada yang terletaknya jantung, maka jantung akan bekerja lebih keras untuk mengepam darah ke otak yang berada di kedudukan lebih tinggi.

Dengan keadaan itu, ia menyebabkan jantung bekerja tanpa henti membekalkan darah ke otak biarpun ke kedudukan tinggi, namun ia tidak dapat menyalurkan bekalan darah secukupnya seperti yang diperlukan otak.

Lantaran itu, amalan sujud yang dilakukan didalam solat membantu melancarkan lagi peredaran darah dari jantung ke otak. Memandangkan kedudukan kepala lebih rendah berbanding dada ketika sujud, maka ia memudahkan jantung untuk mengepam bekalan darah ke otak yang berada di kedudkan yang lebih rendah.


VIRALKAN ARTIKEL DI ATAS
Klik button Facebook, Twitter, WhatsApp di bawah



Jika anda ada produk atau perniagaan Muslim nak viralkan bersama kami,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.