Punca dan cara atasi cermin kereta retak

Sila masukkan carian anda dibawah ini untuk mencari produk atau perniagaan Muslim





Memang membahayakan jika ketika memandu kenderaan, secara tiba-tiba cermin depan mengalami keretakan atau penglihatan tidak begitu jelas kerana kabur pada waktu malam.

Sebenarnya, cermin depan kenderaan memerlukan penjagaan yang sempurna bagi memastikan ia tidak mudah pecah, retak atau kabur terutama ketika hujan dan cuaca sejuk.

Bagi mengelakkan cermin depan kenderaan mudah pecah, selain mengelap atau mencucinya supaya kelihatan bersih, pemilik perlu mengetahui punca dan sebab berlaku keadaan sedemikian.

Sekiranya cermin depan kenderaan pecah atau rosak, pemilik bukan sahaja terpaksa mengeluarkan perbelanjaan tambahan tetapi turut memungkinkan mereka membatalkan perjalanan atau menangguh percutian.

Punca uatam berlakunya keretakan ialah meletakkan kenderaan di tempat terbuka sambil dipancar sinaran matahari terlalu lama dengan semua tingkapnya ditutp rapat tanpa ruang untuk udara luar masuk.

Jika anda membuka pintu kenderaan, udara sejuk dari luar akan menyerbu masuk, manakala udara panas dari dalam pula akan keluar secara serentak.

Udara sejuk yang terkena cermin itu boleh disamakan seperti besi panas disirami air. Walaupun besi tidak pecah tetapi cermin yang terlalu panas itu jika terkena udara sejuk secara tiba-tiba akan merekah dan pecah.

Cermin depan kenderaan retak kerana ia diperbuat daripada campuran plastik bagi mengelak pemandu serta penumpang serta penumpang mudah luka apabila ia pecah dan bertebangan.

Jika diperbuat daripada kaca biasa seperti kaca botol murahan, apabila pecah, serpihannya menjadi tajam dan boleh melukakan.

Selain itu, cermin boleh retak apabila memandu dalam keadaan cuaca panas terik dengan alat pendingin hawa dipasang tetapi secara tiba-tiba membuka tingkap.

Ini kerana, udara sejuk keluar lalu bertembung dengan udara dari luar yang masuk secara mendadak menyebabkan cermin boleh retak dan lama kelamaan pecah.

Justeru, anda perlu pastikan tiada sebarang keretakan pada cermin kenderaan kerana jika ada, ia boleh pecah hanya disebabkan hentakan kuat ketika perjalanan, terkena objek atau terjemur dalam panas terik.

Hujan panas juga boleh menyebabkan cermin kereta pecah terutama apabila kenderaan diletak dalam panas terik dengan tingkapnya tutup rapat.

Jadi bagi mengelak cermin retak dan akhirnya pecah, cara paling baik ialah dengan meletak kereta anda di tempat letak kenderaan berbumbung.

Sekiranya anda terpaksa meletak kenderaan anda di tempat panas, tutup cermin dengan pelindung khas cahaya matahari yang boleh dibeli dari kedai aksesori atau stesen minyak.

Selain itu, anda juga boleh menutup panel depan kenderaan dengan kain atau kotak yang bukan berwarna gelap.

Anda juga perlu memastikan pengelap cermin kenderaan sentiasa berfungsi dengan baik. Jika ia gagal berfungsi akibat getahnya sudah keras, anda terpaksa memberhentikan kenderaan kerana sukar melihat.

Justeru, anda perlu memastikan pengelap sentiasa berada dalam keadaan baik dengan memeriksa sistem aliran elektrik, manakala fiusnya masih sempurna.

Bagaimanapun, menukar fius bukan penyelesai masalah dalam jangka panjang kerana anda perlu mencari punca fius itu terbakar. Adakah ia disebabkan pendawaian pada pengelap yang tidak betul atau pendaiawan dalam motor pengelap yang rosak.



Jika anda ada perniagaan dan produk Muslim yang hendak admin viralkan secara PERCUMA sila WhatsApp kami >Klik Disini<
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sila viralkan artikel di atas dengan klik button share WhatsApp, Facebook, Twitter dan lain-lainnya dibawah ini

No comments

Powered by Blogger.