Pelajari bahasa ketiga

Jika ada cerita yang menarik atau produk perniagaan yang mahu kami viralkan, sila Whatsapp kami di 014-9678920



Selain mengutamakan bahasa Malaysia dan Inggeris sebagai bahasa pengantar uatama dalam urusan pekerjaan, bahasa ketiga juga berperanan penting untuk memantapkan lagi pengurusan sesebuah syarikat atau perusahaan.

Penguasaan bahasa ketiga memberi kelebihan kepada sesetengah individu bagi memperolehi pekerjaan yang diinginkan di samping mempunyai kemahiran komunikasi yang berkesan. Dinegara ini sendiri, terdapat ribuan syarikat atau perusahaan, terutamanya antarabangsa yang menitikberatkan setiap kakitangannya memiliki kemahiran bahasa ketiga.

Contohnya, syarikat dari Jepun menitikberatkan pekerjanya boleh bertutur dalam bahasa Jepun, syarikat dari China berharap pekerjanya mampu untuk menguasai bahasa Mandarin dan sebagainya. Terdapat pelbagai kelas yang disediakan dengan menawarkan harga yang berpatutan untuk memudahkan seseorang individu mempelajari bahasa ketiga mengikut citarasa pilihan bahasa yang ingin dipelajari.

Di samping berkesan, kelas ini juga memberi kelebihan kepada setiap individu yang dapat menguasai bahasa ketiga untuk memperolehi bidang kerjaya yang berkaitan seperti penterjemah, perunding dan sebagainya.

Melalui laman web yang disediakan, internet juga menjadi medan perkhidmatan maklumat yang paling banyak menawarkan kepada orang ramai untuk mempelajari bahasa ketiga.

Jika dulu bahasa ketiga tidak begitu dititikberatkan oleh sesetengah syarikat mahupun perusahaan, namun keadaannya berbeza dengan sekarang kerana menguasai bahasa ketiga adalah satu kelebihan kepada setiap individu yang bekerja dengan syarikat antarabangsa.

Kelebihan bertutur dalam bahasa ketiga selain bahasa Melayu dan Inggeris mampu meningkatkan tahap keyakinan kepada seseorang itu untuk terus memajukan kerjaya yang diceburi dan seterusnya memudahkan komunikasi ketika berurusan dengan syarikat antarabangsa lain.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kongsikan Artikel ini

No comments

Powered by Blogger.